Tuesday, April 10, 2012

Latar Belakang Kuala Berang

Daerah Hulu Terengganu terletak kira-kira 40 km dari Kuala Terengganu. Bandar utama di Daerah Hulu Terengganu adalah Kuala Berang dan Ajil.Daerah ini terletak di kawasan pendalaman Negeri Terengganu dan bersempadan dengan 2 negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan 5 daerah di Negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Marang dan Dungun.Daerah Hulu Terengganu adalah berkeluasan 387,462.60 hektar, meliputi 9 buah mukim dan mempunyai kira-kira 155 buah kampung.Daerah Hulu Terengganu terdiri daripada 9 buah mukim iaitu Mukim Hulu Terengganu, Mukim Jenagor, Mukim Kuala Berang, Mukim Kuala Telemong, Mukim Penghulu Diman, Mukim Tanggul, Mukim Tersat, Mukim Hulu Berang dan Mukim Hulu Telemong.


Daerah Hulu Terengganu merupakan kawasan warisan sejarah dengan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh, Kuala Berang yang membuktikan kedatangan Islam di semenanjung pada 702 H (1303 M) iaitu lebih awal dari Negeri Melaka. Daerah Hulu Terengganu juga merupakan kawasan sejarah awal Negeri Terengganu seperti pertabalan Sultan Zainal Abidin 1 dan penentangan melawan Inggeris.


Daerah Hulu Terengganu terkenal dengan pelbagai warisan dan khazanah yang dijadikan sebagai sandaran utama pelancongan di Hulu Terengganu. Antara produk kesenian dan warisan yang sering mendapat kunjungan pelancong samada dari dalam atau luar negeri adalah Batu Bersurat di Kampung Buloh dan Makam Tok Pauh di Kampung Pauh.Contoh tempat pelancongan rekreasi di daerah Hulu Terengganu ialah Hutan Lipur Sekayu dan Air Terjun Lasir di Tasik Kenyir. Hutan Lipur Sekayu adalah merupakan satu tempat rekreasi Air Terjun yang amat terkenal di Terengganu. Jaraknya ialah 15 kilometer dari bandar Kuala Berang dan 56 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.


Di Hutan Lipur Sekayu terdapat pelbagai kemudahan rekreasi seperti chalet, tempat perkelahan, taman herba, dewan terbuka, dewan pameran serta trek rekreasi. Berbanding dengan dahulu, Sekayu telah banyak dibangunkan. Jika anda seorang yang meminati flora dan fauna, anda boleh mendapatkan maklumat tentangnya disini. Setiap spesis tumbuhan disertakan maklumat.Hutan Lipur ini terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan dan ianya merupakan tarikan utama kepada pengunjung ke sini. Air sungainya yang jernih, dingin dan menyegarkan dikelilingi pula oleh keindahan alam semulajadi, sangat sesuai untuk tujuan beristirehat dan berekreasi.. Sesetengah komuniti di daerah Hulu Terengganu ini ada menyediakan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebagai pendapatan utama mereka.

tempat tarikan di Hulu Terengganu :

















Perletakan Hulu Terengganu sebagai Hub Tarikan Warisan, Budaya, Rekreasi dan Komuniti.